PERISTIWA 13 MEI
TAJUK : PERISTIWA 13 MEI
JABATAN : PERDAGANGAN
KOD KURSUS : DUB1012
SUBJEK : PENGAJIAN MALAYSIA
JABATAN : PERDAGANGAN
KOD KURSUS : DUB1012
SUBJEK : PENGAJIAN MALAYSIA
NAMA AHLI
KUMPULAN :
1)NUR SYAZA FARHANAH BT MOHD SAKRI
(02DLS17F1039)
2)ANIS SYAMIMI BT CHE AZIZ (02DLS17F1021)
3)NURUL SHASALBILLA BT AZNI
(02DLS17F1063)
4)NUR NABILAH ASHIKIN BT ABDUL HALIM
(02DLS17F1045)
NAMA PENSYARAH : EN. MOHD NOOR ZAIDI BIN
MOHD ZAWAWI
INDEKS :
1)PENGHARGAAN
2) LATAR BELAKANG SEJARAH PERISTIWA
3) PUNCA SEBENAR PERISTIWA 13 MEI
4) KESAN-KESAN PERISTIWA 13 MEI
-Kesan politik
-Kesan ekonomi
-Kesan pendidikan
-Kesan sosial
-Kesan politik
-Kesan ekonomi
-Kesan pendidikan
-Kesan sosial
5) PENGAJARAN
6) KESIMPULAN
7) LAMPIRAN
8)RUJUKAN
PERISTIWA 13 MEI
Penghargaan
Pertama sekali, saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada Pensyarah Pengajian Malaysia (DUB 1012) ,Encik Mohd
Noor Zaidi Bin Mohd Zawawi kerana beliau memberi sokongan dan galakan kepada saya sepanjang saya melakukan
kerja kursus ini.Selain itu, ucapan terima kasih juga akan ditunjukkan
kepada rakan kerja yang saya hormati selama-lamanya. Mereka sentiasa
memberi dorongan,sokongan,galakan dan tunjuk ajar sepanjang saya
melakukan kerja kursus ini sehinggalah selesai..Akhir sekali , penghargaan juga
diberikan kepada semua responden yang sudi menjawab soalan-soalan kami dan
memberi banyak maklumat kepada kami untuk menyelesaikan kerja kursus
ini
LATAR BELAKANG SEJARAH
PERISTIWA
Peristiwa 13 mei telah mencatatkan
sejarah pahit Malaysia kerana pada tarikh itu berlaku rusuhan kaum antara kaum
Melayu dengan Cina.Tragedi ini berlaku sebaik sahaja selepas pilihan Raya
1969.Pilihan raya ketika itu tela dimenangi oleh parti-parti pembangkang ,iaitu
parti tindakan rakyat (DAP) dan gerakan.Walaupun Parti Perikatan masih boleh
membina kerajaan,namun kemenangan mereka merosot bebanding dengan pilihan raya
yang sebelumnya.
DAP dan Gerakan telah mengadakan
perarakan secara besar-besaran pada 11 dan 12 Mei 1969 yang sesetengahnya
adalah tanpa izin dari pihak polis.Perarakan ini merupakan kesinambungan
daripada perarakan jenazah yang dilakukan Parti Buruh pada 9 Mei 1969 terhadap
setiap pemuda cina yang terbunuh dalam pertempuran dengan pihak polis sebelum
pilihan raya.UMNO turut mengadakan perarakan atas kejayaan mereka menubuhkan
kerajaan selepas pilihan raya tersebut.
Perarakan ini ketuai oleh
Datuk Harun Idris,Menteri Besar Selangor ketika itu.Perarakan bersifat
provokasi ini didapati telah membakar semangat setiap kaum sehingga membawa
kepada titik hitam dalam sejarah Negara.Pergaduhan dan rusuhan tercetus
sehingga bantuan ketenteraan terpaksa dipanggil apabila polis gagal mengawal
keadaan.Rusuhan ini tecetus di Kuala Lumpur dan kawasan sekelilingnya sahaja.
Angka rasmi bilangan orang yang cedera ialah seramai 493 orang.Walau bagaimanapun
,jumlah ini kemungkinan lebih kerana ramai yang tidak merekodkan kecederaan
mereka.
Peristiwa ini telah
membuka mata banyak pihak.Pemimpin-pemimpin Negara telah sedar dan mula
meneliti isu perpaduan dengan lebih serius disebabkan oleh kesan keganasan yang
berlaku sungguh mengerikan.Pada peringkat awal,tindak balas serta merta diambil
bagi memberhentikan keganasan.
Antara tindak balas
yang diambil ialah penangkapan tokoh-tokoh yang mendongkongi rasuah
ini,mengenakan perintah berkurung, mengawal berita-berita dan televisyen,
menapis penerbitan akhbar-akhbar dan mengharamkan jurnal yang diterbitkan oleh
parti-parti politik, sekali gus mengharamkan kempen pilihan raya.
Peristiwa 13 Mei 1969
memberikan pengajaran kepada setiap rakyat Malaysia supaya saling hormat-
menghormati antara semua kaum.Tanpa nilai persefahaman, toreransi dan sifat
hormat-menghormati ,perasaan curiga dan syak wasangka akan timbul di kalangan
etnik Negara ini. Matlamat kerajaan adalah untuk melahirkan masyarakat Malaysia
yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.Dasar pendidikan Kebangsaan
dilaksanakan pada tahun 1970 dan Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama
di sekolah- sekolah .Selain itu, Kerajaan telah membentuk satu lagi
kementerian,Iaitu kementerian Perpaduan Negara dan ditukarkan kepada Lembaga
Perpaduan Negara yang menentukan aktiviti untuk mengukuhkan perpaduan
rakyat.Dasar Kebudayaan juga wujud sebagai langkah dan usaha mengekalkan
perpaduan,sseterusnya dapat mewujudkan integrasi nasional dengan memberikan
fokus kepada masyarakat semenanjung Tanah Melayu serta sabah dan Sarawak
MENDEDAHKAN PUNCA SEBENAR PERISTIWA 13
MEI
1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan
secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan secara
berbeza-beza.. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh
tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan
Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan
saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan
berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang melayu dan
cina.
2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan, Orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil.Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang
3. Latar belakang pendidikan yang berbeza
Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris.
4. Pertelingkahan Parti Politik
Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang. Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu. Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu.
5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa
orang melayu
PAP telah secara lantang menyuarakan
rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu
dalam perlembagaan . Mereka mendakwa kaum kaum lain telah diketepikan kononnya
mereka telah tersisih daripada keadilan. Namun hakikat sebenarnya
kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum
Cina .
6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam
menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan
kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk
yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi. Selepas sepuluh tahun merdeka
kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan
untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu
sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi
KESAN-KESAN PERISTIWA 13 MEI
- Zaman Inggeris menggubal sistem masyarakat negara ini yang taat
dan hidup di bawah pemerintahan raja dan sultan telah
mengalami perubahan yang drastik.
- Kuasa raja serta sultan Melayu telah dihadkan menjadi lambang kepada
sesebuah negeri atau negara.
- Penjajah Inggeris menerapkan sistem residen di Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu dan diikuti sistem penasihat British di Negeri-Negeri Melayu
Tidak Bersekutu.
- Fungsi residen dan penasihat British yang diperkenalkan telah
mengambil alih peranan yang dahulunya dimainkan oleh pembesar-pembesar Melayu
terutamanya dalam soal menasihati Sultan dan mendapatkan hasil untuk negeri
melalui cukai
- Sistem yang berbeza antara negeri,mengakibatkan ketidakperpaduan untuk
menentang kerana tiada persefahaman.Inilah antara kesan yang telah terpendam
dalam diri masyarakat hingga tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei.
KESAN EKONOMI
- Sistem ekonomi tradisional yang dimaksudkan
adalah seperti sistem yang berasaskan sara diri, penanaman padi, penangkapan
ikan, dan penternakan ladang.
- Penjajah Inggeris telah menjalankan dasar ekonomi
kolonialismenya dengan menjadikan sistem ekonomi yang wujud bermatlamatkan
keuntungan semata-mata.
- British mengasingkan kaum-kaum utama di Tanah
Melayu mengikut kegiatan ekonomi masing-masing. Ini menyebabkan mereka tidak
dapat mempelajari untuk memahami satu sama lain serta tidak dapat berinteraksi
dengan baik seterusnya mengakibatkan kesukaran trewujudnya perpaduan kaum.
KESAN
PENDIDIKAN
- Pendidikan di negara kita yang seakan-akan ikut
telunjuk masing-masing dan ini tidak disukai oleh sesetengah individu. Hal ini
menyebabkan banyak suara yang inginkan keadilan daripada kerajaan supaya menyamaratakan
sistem. Ramai yang tidak bersependapat dan ada di antara kalangan anak-anak
mereka yang tidak bernasib baik mendapat pendidikan kerana masalah
pertelingkahan ini.
KESAN SOSIAL
- Kesinambungan daripada peristiwa berdarah
tersebut, kaum Cina sudah tidak bersefahaman dengan kaum Melayu di mana pada
mula pemerintahan Inggeris, kaum Cina kurang mendapat tempat di hati penjajah.
Bermula juga dari zaman pemerintahan Jepun di mana mereka ditindas dengan
begitu kejam daripada kaum Melayu. Hal ini menyebabkan sosial di negara pada
masa itu terjejas. Setiap kaum tidak bersatu dan hidup berpuak-puak.
PENGAJARAN
Konklusinya sebagai rakyat Malaysia kita haruslah bersatu
padu antara kaum dan bekerjasama serta menghargai peranan kaum-kaum yang lain.Selain
itu,walaupun Rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama justeru itu
kita hendaklah menghormati budaya dan agama masing-masing.Seterusnya,dalam
sesebuah negara yang berbilang kaum, setiap kaum mempunyai peranan dan fungsi
masing-masing dalam pembangunan negara.akhir sekali,kita hendaklah selalu
mengeratkan silaturrahim dan berbaik dengan semua kaum tanpa mengira bangsa dan
agama.
Selepas peristiwa ini kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar seperti Dasar EkonomiBaru dan Rukun Negara bagi memulihkan system sosio-ekonomi Negara dan perpaduan penduduk. Diharapkan peristiwa seperti ini tidak lagi berulang di Malaysia. Dalam peristiwa ini apa yang penting bukanlah siapa yang terlibat dan bersalah dalam rusuhan ini, tetapi apakah puncanya peristiwa ini berlaku dan apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya. Sikap ultra-racist, chauvinist serta kegagalan dalam memahami Kontrak Sosial dan Pakatan Murni semasa penubuhan Malaysia merupakan punca utama masalah ini berlaku
Ulasan
Catat Ulasan